Sherlock Holmes Berkhemah

Pada suatu hari, Sherlock Holmes pergi berkhemah bersama Dr. Watson. Mereka mendirikan khemah, lalu masuk dan tidur di dalam khemah itu. pada tengah malam, Holmes membangunkan Watson.

"Watson, lihatlah ke atas. Apa yang kau lihat?" tanya Holmes.

"Langitnya sangat menawan. Aku melihat berbilion bintang," jawab Watson.

"Dan, apa yang mereka cuba katakan kepadamu?" tanya Holmes lagi.

Watson menarik nafas dan menjawab, "Secara astronomi, di dunia ini terdapat banyak lagi planet, bintang, dan galaksi. Secara astrologi, Zuhal ada di Leo. Secara agama, Tuhan itu maha besar dan kita sangat kecil. Secara horologi, mereka memberitahu sekarang sekitar jam tiga. Dan, secara kaji cuaca, mereka mengatakan esok adalah hari yang indah. Sememangnya, mereka berusaha mengatakan apa padamu Holmes?"

"Mereka memberitahu saya bahawa ..." Holmes diam, dan meneruskan, "Seseorang telah mencuri khemah kita."

Sent by: e-lawak posted on 15 December 2014