Mati Dilanggar Lori

Tiga orang lelaki meninggal kerana kereta yang mereka naiki berlanggar dengan lori. Masa sampai di pintu syurga, mereka ditanya oleh seorang malaikat, "Apabila anda berbaring di peti mati dan semua orang yang anda kenal menangisi anda, apa yang anda ingin mereka katakan tentang anda? "

Lelaki pertama menjawab, "Saya ingin mendengar mereka mengatakan bahawa saya adalah seorang doktor yang hebat dan juga lelaki yang amat penyayang."

Lelaki kedua berkata, "Saya ingin mendengar mereka mengatakan bahawa saya adalah seorang suami yang baik dan guru yang kreatif."

Lelaki terakhir menjawab, "Saya ingin mendengar mereka berkata 'Lihat itu! Ia bergerak!'"

Sent by: e-lawak posted on 14 December 2014