Menolong Ikan Bersuara

Susi pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor ikan yang menggelepar di atas batu. Susi menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara,

"Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan akan mendapat 10 kali ganda."

Susi: "Baiklah, saya mahu kelihatan cantik."

Ikan: "Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini."

Susi: "Tiada masalah. Lalu Susi menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu."

Permintaan kedua ialah Susi ingin menjadi kaya.

Ikan: "Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya."

Susi: "Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga."

Maka jadilah Susi wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.

"Permintaan ketiga?" Tanya ikan.

"Aku nak serangan jantung yang ringan," jawab Susi.

Susi pulang ke rumah dan mendapati suaminya menjadi tampan, kaya dan sihat kerana hanya mendapat serangan jantung 10 kali lebih ringan.

Sent by: e-lawak posted on 04 January 2014