Tiga Mayat Tersenyum

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis: "Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?"

Penjaga: "Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba-tiba diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir."

Polis: "Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?"

Penjaga: "Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya."

Sent by: e-lawak posted on 03 January 2014