Tak Boleh Berdusta

Pak Guru sekolah mengajak murid-murid berjalan-jalan untuk menikmati persekitaran alam di sekitar sekolah. Ada kira-kira 10 hingga 12 murid. Selepas sepuluh minit berjalan-jalan, ada seekor kucing kecil di dalam sebuah kotak bertuliskan "ambillah aku".

Oleh kerana takut murid-murid memperebutkan kucing kecil itu, Pak Guru menghampiri murid-murid dan bertanya kepada mereka,

"Apa yang akan kalian lakukan untuk mendapatkan kucing itu?"

Seorang murid laki-laki menjawab, "Kami membuat perjanjian. Siapa pun di antara kami yang boleh menyatakan dusta terbesar, boleh membawa kucing itu pulang."

Tentu saja, sang Pak Guru terkejut. "Kalian tidak boleh membuat kesepakatan dan permainan seperti itu!"

Kemudian, Pak Guru menyampaikan khutbah sepuluh minit mengenai kedustaan, "Jangan berdusta! Kalian pasti sudah tahu bahawa berdusta itu dosa.."

Pak Guru mengakhiri khutbahnya, "Ketika saya masih seusia kalian, saya tidak pernah berdusta."

Keheningan terjadi kira-kira satu minit. Pak Guru berfikir bahawa ia berjaya menasihati mereka. Namun, murid sekolah yang paling kecil menarik nafas panjang dan berkata,

"Baiklah teman-teman, berikan kucing kepada Pak Pak Guru."

Sent by: e-lawak posted on 02 May 2015