Musim Panas di Sebuah Bandar

Selama beberapa bulan, sebuah bandar mengalami musim panas. kerana pemanasan global, musim yang seharusnya sudah berganti menjadi musim hujan, belum juga berganti. Akibatnya, penduduk bandar itu mengalami kepanasan setiap hari.

Wilson, anak laki-laki yang masih di sekolah rendah, sering kali tidak tahan dengan rasa gerah yang sudah dirasakan beberapa lamanya di bandar itu. Saat di kelas, ia sering membuat kekecohan supaya ia dipulangkan oleh sang guru. Ia melakukannya kerana sering kegerahan saat di kelas.

"Wilson, diam dan duduklah dengan tenang!" peringatan pertama telah dilontarkan. Wilson diam sejenak.

Lima minit berlalu, Wilson membuat kekecohan lagi. "Wilson, kamu harus diam dan duduk dengan tenang, kalau kamu ribut terus, sila gantikan saya di sini!" kata guru.

Tanpa disangka, Wilson berdiri dan menuju ke depan,

"Baiklah. Saya di sini adalah guru baru. Saya akan memulakan kelas pertama saya dengan perkenalan. Saya Wilson. Guru kalian yang baru dan masih muda. hari ini, saya mempunyai banyak urusan dan tidak menyediakan pelajaran untuk kalian. Sekian perkenalan saya, dengan ini, kelas dibubarkan!"

Sent by: e-lawak posted on 11 February 2015