Kalimat Menggunakan Kata Telur

Soni adalah anak yang dikenali cerdik. Namun, dia cenderung untuk nakal. Suatu ketika, guru bahasa memberi tes mendadak. Soni yang dari tadi membuat kacau rakan sebangkunya, mendapat peluang dites pada urutan pertama.

Guru: "Soni, sila buat satu kalimat menggunakan kata `telur`!"

Kerana dari tadi dia tidak memerhatikan, maka dia tergagap-gagap menjawab soalan yang dilontarkan.

Soni: "Ya, Cikgu. 'Saya memakan sepotong kek tadi pagi'."

Guru: "Soni, mana `telur`-nya!"

Soni: "Di dalam kek, Cikgu."

Sent by: e-lawak posted on 06 February 2015