Sarjana Muda dan Peladang

Seorang sarjana muda pertanian dihantar ke sebuah kampung untuk membantu mengembangkan hasil tanaman di sana. Sarjana muda ini sedikit angkuh dan memandang rendah para peladang di sana. Pada minggu yang pertama, dia memutuskan untuk mengkaji salah satu ladang di sana, dengan ditemani oleh seorang peladang.

"Setelah saya perhatikan, kaedah pertanian yang digunakan di kampung ini masih sangat tertinggal. "Sarjana ini memberikan komen profesionalnya, sementara sang peladang mendengar dalam diam.

"Seperti ini contohnya. Lihatlah pokok ini, dengan pengendalian seperti ini, saya ragu pokok ini boleh menghasilkan satu bakul buah epal, " lanjut sang sarjana muda.

Peladang itu menjawab, "Sebenarnya, saya juga ragu pokok ini boleh menghasilkan bakul buah epal kerana ini ialah pokok durian."

Sent by: e-lawak posted on 07 September 2014