Tidak Boleh Membaca dan Menulis

Ramli ialah seorang remaja perantau yang buta aksara. Ia melamar ke sebuah pasar sebagai penjaga tandas, tetapi ditolak kerana tidak boleh membaca dan menulis. Kemudian, ia melamar di salah satu kedai buah menjadi pembantu.

Dia bekerja dengan baik dan memberi perhatian kepada cara tuannya berniaga. Beberapa tahun kemudian, ia cuba menjual sendiri. Kerana berdaya tahan dan mau belajar, Ramli akhirnya menjadi peniaga buah yang berjaya. Di umurnya yang ke-35, Ramli menjadi pengusaha buah paling berjaya di Kuala Lumpur dengan perolehan puluhan ribu ringgit per bulan. Namun, Ramli masih tetap buta aksara.

Suatu hari, isterinya berkata kepada Ramli, "Kamu buta aksara saja sudah boleh berjaya, bayangkan apa yang boleh kamu capai jika kamu boleh membaca dan menulis."

"Penjaga tandas," jawab Ramli.

Sent by: e-lawak posted on 03 September 2014