Menjimatkan Masa Penternak Lembu

Seorang pelancong berjalan melewati sebuah pertanian. Secara kebetulan, ia melihat seorang penternak yang sedang memberi makan lembunya. Penternak itu membawa sebaldi penuh makanan lembu, kemudian berjalan dari satu lembu ke lembu lain sambil menyuapi satu demi satu.

Pelancong itu kehairanan dan bertanya, "Mengapa anda menyuapkan lembu itu satu demi satu? Anda boleh meletakkan baldi makanan itu di tanah dan lembu-lembu itu boleh terus makan dari dalam baldi."

"Mengapa saya harus berbuat demikian?" tanya petani tersebut.

"Oleh kerana cara tersebut lebih menjimatkan masa," pelancong itu menjelaskan.

"Penjimatan masa? Tenang saja, lembu-lembu ini punya masa seharian untuk menghabiskan makanannya."

Sent by: e-lawak posted on 03 September 2014