Ujian Perkataan Berlawan

Murid: "Selamat pagi, cikgu."
Cikgu: "(Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?"
Murid: "Selamat pagi, petang dan malam cikgu!"
Cikgu: "Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan."
Murid: "Selamat sejahtera cikgu!"
Cikgu: "Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?"
Murid: "Faham, cikgu!"
Cikgu: "Saya tak mahu ada apa-apa gangguan."
Murid: (senyap)
Cikgu: "Pandai!"
Murid: "Bodoh!"
Cikgu: "Tinggi!"
Murid: "Rendah!"
Cikgu: "Jauh!"
Murid: "Dekat!"
Cikgu: "Keadilan!"
Murid: "UMNO!"
Cikgu: "Salah!"
Murid: "Betul!"
Cikgu: "Bodoh!"
Murid: "Pandai!"
Cikgu: "Bukan!"
Murid: "Ya!"
Cikgu: "Oh Tuhan!"
Murid: "Oh Hamba!"
Cikgu: "Dengar ini!"
Murid: "Dengar itu!"
Cikgu: "Diam!"
Murid: "Bising!"
Cikgu: "Itu bukan pertanyaan, bodoh!"
Murid: "Ini ialah jawapan, pandai!"
Cikgu: "Mati aku!"
Murid: "Hidup kami!"
Cikgu: "Rotan baru tau!"
Murid: "Akar lama tak tau!"
Cikgu: "Malas aku ajar kamu!"
Murid: "Rajin kami belajar cikgu!"
Cikgu: "Kamu gila!"
Murid: "Kami siuman!"
Cikgu: "Cukup! Cukup!"
Murid: "Kurang! Kurang!"
Cikgu: "Sudah! Sudah!"
Murid: "Belum! Belum!"
Cikgu: "Mengapa kamu semua bodoh sangat?"
Murid: "Sebab saya seorang pandai!"
Cikgu: "Oh! Melawan!"
Murid: "Oh! Mengalah!"
Cikgu: "Kurang ajar!"
Murid: "Cukup ajar!"
Cikgu: "Habis aku!"
Murid: "Kekal kami!"
Cikgu: "O.K. Pelajaran sudah habis!"
Murid: "K.O. Pelajaran belum bermula!"
Cikgu: "Sudah, bodoh!"
Murid: "Belum, pandai!"
Cikgu: "Berdiri!"
Murid: "Duduk!"
Cikgu: "Saya kata UMNO salah!"
Murid: "Kami dengar KeADILan betul!"
Cikgu: "Bangang kamu ni!"
Murid: "Cerdik kami tu!"
Cikgu: "Rosak!"
Murid: "Baik!"
Cikgu: "Kamu semua ditahan tengah hari ini!"
Murid: "Dilepaskan tengah malam itu!"
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sent by: e-lawak posted on 19 August 2013