Harga Kueh Karipap
Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.
"Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?" Tanya gurunya.
"RM 1 cikgu!" jawab murid itu spontan.
"Salah tu," tegur si guru penuh kasih sayang, "Mungkin Amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?"
Amer tetap memberi jawapan RM1
"Salah tu Amer,cuba kira betul-betul." Respon si guru dengan sabar.
"Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata: 'kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!'"