Merampas Ayam Panggang

Suatu hari Syafii pergi ke sebuah restoran western food. Sampainya di sana dia meminta pelayan mendapatkanya seekor ayam panggang. Oleh kerana dia datang lewat jadi cuma tinggal seekor ayam sahaja.. itu pun sudah diorder oleh seorang lelaki yang sangat gagah dan perkasa.

Oleh kerana terlalu lapar, Syafii merampas ayam panggang yang dibawa oleh seorang pelayan lain untuk dihantar kepada mamat yang berbadan sasa itu. Semua pelayan hanya memerhatikanya, dan tidak berani menegur.

Mamat yang gagah perkasa tadi bingkas bangun dan menuju ke arah Syafii. "Kuang ajar.. abis hancur ayam panggang aku.." katanya..

Syafii hanya memerhati.

"Apa ko pandang-pandang, aku akan lakukan perkara yang sama sebagaimana ko lakukan kepada ayam panggang aku tu!" sambung mamat berbadan sasa itu lagi.

Sambil tersenyum manja, Syafii mengambil wang RM 50 dan meletakkan di celah-celah kepak ayam panggang tersebut dan kemudian dia menjilat "tokeng" (punggung) ayam tersebut, sambil berkata pada mamat berbadan sasa tu, "lakukanlah sekarang.."

Sent by: e-lawak posted on 20 October 2014