Bekerja Sebagai Pembalak Kayu

Seorang pria berbadan kecil datang ke pejabat sebuah syarikat kayu di Sarawak, "Saya ingin bekerja sebagai pembalak kayu," katanya.

Petugas yang ada di sana berusaha memujuk agar ia melupakan keinginannya itu. Ia kelihatan tua dan terlalu lemah untuk boleh merobohkan sebatang pokok. Untuk membuktikan kesungguhannya, pria itu mengeluarkan kapak dari pinggangnya, dan dalam sekejap mata sahaja dirobohkannya sebatang pokok besar yang ada di depan pejabat itu.

"Wow," kata si petugas. "Di mana anda belajar menebang kayu seperti itu?"

"Hmmm," kata lelaki tua itu, "Pernahkah anda mendengar hutan Sahara?"

"Oh, maksud anda padang pasir Sahara?"

"Ya, sekarang itulah namanya..."

Sent by: e-lawak posted on 18 October 2014