Jambatan Sangat Tinggi

Dua orang saling bercakap besar bahawa jambatan di negerinya sangat tinggi. Seorang berkata, "Jambatan di negeri kami itu bukan main tingginya. Jika seseorang membunuh diri dengan cara terjun ke bawah dari jambatan itu, akan diperlukan waktu 10 minit untuk mencapai dasarnya."

"Ah, hal yang kamu beritahu itu tidak seberapa," kata yang lain. "Jambatan di negeri kami masih jauh lebih tinggi. Jika ada orang ingin bunuh diri dari jambatan itu, tahukah kamu bagaimana ia akan mati? Ia akan mati dalam proses jatuh ke bawah kerana kelaparan!"

Sent by: e-lawak posted on 15 September 2014