Bekerja Sebagai Penyeludup

Ada khabar angin bahawa Nasrudin juga berkerja sebagai penyeludup. Maka, setiap kali Nasrudin melalui batas wilayah, penjaga pintu menggeledah jubahnya yang berlapis-lapis dengan teliti. Tetapi, tidak ada hal yang mencurigakan yang dijumpai. Untuk mengajar, Nasrudin memang mesti melewati batas wilayah.

Suatu malam, salah seorang penjaga mendatangi rumahnya. "Aku mengetahui, engkau adalah seorang penyeludup. Tetapi, aku berputus asa kerana tidak pernah boleh mencari barang selundupanmu. Sekarang, jawablah rasa penasaranku, apa yang engkau Selundupkan? "

Nasrudin pun menjawab dengan serius, "Jubah."

Sent by: e-lawak posted on 13 September 2014