Pergi ke Pendandan Rambut

Seorang perempuan pergi ke pendandan rambut. sebuah headphone menyumbat telinganya dan menghalang pendandan rambut untuk mengurangkan rambutnya. Si pendandan rambut berkata, "Anda harus melepaskan benda itu atau aku tidak boleh mengurangkan rambutmu!"

Perempuan itu menjawab,"Tidak! Aku tidak boleh! Aku akan mati jika aku melepas headphone ini."

Kerana itu, si pendandan rambut hanya dapat menarik nafas dan mengurangkan rambut pada sisi kepalanya. Ketika perempuan, yang berambut perang itu tertidur, si pendandan rambut berkata dalam hati,

"Akan kulepas headphone-nya supaya aku boleh mengurangkan rambutnya. Dia pasti tidak akan sedar kalau aku melepaskan headphone-nya." Jadi, ia berbuat demikian.

Tidak lama selepas headphone ini ditanggalkan, perempuan itu terjatuh dari kerusinya dan meninggal.

Pendandan rambut ini terkejut. Dengan penasaran, si pendandan rambut mengambil headphone itu dan mendengar apa yang sedang dimainkan. Headphone itu mengulang-ulang kata-kata, "Tarik nafas, hembuskan.."

Sent by: e-lawak posted on 06 September 2014