Berenang di Tasik

Dollah pergi ke rumah neneknya yang terletak di kawasan luar bandar. Di dekat situ, ada sebuah tasik kecil. Nenek membenarkan Dollah untuk pergi melihat-lihat, tetapi tidak boleh turun untuk berenang di tasik tersebut.

Sampai di tasik, Dollah terdorong untuk berenang kerana cuaca sangat panas. Satu jam kemudian, Dollah pulang dengan rambut basah kuyup. Neneknya menyoal Dollah, meminta penjelasan.

"Aku tergelincir dan tidak sengaja tercebur ke di dalam tasik," Dollah cuba menjelaskan.

"Tetapi, mengapa hanya rambutmu yang basah? Seharusnya bajumu ikut basah jika engkau jatuh kerana tergelincir, "desak neneknya.

Dollah masih berusaha berdalih, "Aku lepaskan bajunya. Waktu tergelincir, seperti automatik, aku melepas bajuku."

Sent by: e-lawak posted on 28 August 2014