Sahabat Terbaik Seorang Gadis

Selepas makan malam dan menonton filem, Billy membawa aweknya dengan kereta ke jalan yang tenang dan mula melakukan aksinya. Ketika Suzy bertindak balas dengan mencium mesra, Billy cuba mengalihkan tangannya ke bajunya Suzy. Tiba-tiba, Suzy tersentak menjauhkan diri, keluar dari kereta tergesa-gesa, dan berlari pulang. Malam itu, ia menulis dalam diarinya, "Sahabat terbaik seorang gadis adalah kedua kakinya."

Pada temu janji berikutnya, Billy kembali ke jalan itu. Saat mereka mencium penuh keghairahan, Billy menggerakkan tangannya ke skirt Suzy. Sekali lagi, Suzy menarik diri, keluar dari kereta, dan bergegas pulang. Malam itu, ia menulis dalam diarinya, "Aku ulangi, sahabat terbaik untuk seorang gadis adalah pada kedua kakinya."

Pada temu janji ketiga, pasangan itu kembali ke jalan yang sama. Kali ini, Suzy pulang sampai lewat malam. Malam itu, ia menulis dalam diarinya, "Ada saatnya ketika walaupun sahabat yang terbaik pun kadang harus berpisah meskipun hanya sementara.."

Sent by: e-lawak posted on 26 August 2014