Peguam Menyoal Saksi Penting

Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam: "Awak kenal ini?" (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)
Saksi: "Kenal tuan."
Peguam: "Boleh awak beritahu kepada kami?"
Saksi: "Itu gambar.., tuan."
Peguam: "Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni."
Saksi: "Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan."
Peguam: (mula tension) "Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!"
Saksi: "Nama dia Saodah bte Sameon, tuan."
Peguam: "Bila kali terakhir awak melihatnya?" (meletakkan semula gambar itu di mejanya)
Saksi: "Baru kejap tadi tuan."
Peguam: "Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?"
Saksi: "Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya."
Peguam: "Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu."
Saksi: "Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni."
Peguam: "Aku bukan bercakap pasal gambar nieee! Aku bercakap pasal mangsa!!" (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)
Saksi: "Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan."
Peguam: "Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu?" (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)
Saksi: "Bukan." (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)
Peguam: "Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?"
Saksi: "Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan."
Peguam: "ARGHHH!! APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITAN!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG KENA BUNUH TU LAHH!!"

Sent by: e-lawak posted on 25 August 2014