Hadiah Sempena Hari Guru

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman, Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: "Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan."
Murid: "Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?"
Cikgu: "Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung... jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh.."
Murid-murid: "Ohh.. begitu.."

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah... macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu... "Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!"

Mamat: "Usung hadiah cikgu... tu ada kat luar kelas."
Cikgu: "Ya.. Allah, batu nesan Mat??"
Mamat: "Ha..aaa.." (dengan bangga)
Cikgu: "Ayah kamu kerja apa?"
Mamat: "PENGGALI KUBUR cikgu."
Cikgu: "Patutlah."

Sent by: e-lawak posted on 17 August 2014