Tabung Derma di Surau

Kerana sudah berasa insaf, Hassan pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Hassan. Hassan tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Hassan menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu.

Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Hassan kembali menepuk bahunya dan Hassan mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi.."

Sent by: e-lawak posted on 16 August 2014