Membayar Tuntutan Bulanan Kampung

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Udin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Udin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu: "Selamat pagi En. Udin."

En Udin: "Selamat pagi, ada apa Tok.. pagi-pagi datang ke mari?"

Tok Penghulu: "Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Udin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Udin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil.. bagi kemajuan kampung ini."

En Udin: "Aduh tok adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?"

Tok Penghulu: "Waduh, kalau begitu.. saya tak tau plak.."

En Udin: "Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan?"

Tok Penghulu: "Kalau begitu.. saya minta maaf."

(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Udin memotong dan menambah)

En Udin: "Apa tok juga tau kalau suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anak nya tanpa harta dan warisan?"

Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).

En Udin: "Jadi, pendek kata.. mereka ajer tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok."

Sent by: e-lawak posted on 06 July 2014