Raja yang Takut Bini
Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.
Raja: "Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta."
Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.
Raja (dalam hati): "Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini."
Raja: "Wahai saudara, kemari mengadap beta."
Lelaki: "Tuanku lah ke mari ke tempat patik."
Raja: "Eh! Kamu lah kemari."
Lelaki: "Tuanku lah kemari."
Raja: "Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari."
Lelaki: "Tuanku lah kemari."
Raja (dalam hati): "Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi."
Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.
Raja: "Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini?"
Lelaki: "Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini."
Raja: "Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta?"
Lelaki: "Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, 'TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG'..."