Mengalami Kemalangan Motosikal

Abu datang menemui dua orang sahabat baiknya Bedol dan Ahmad yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal.

Bedol: (Sambil ketawa tanpa simpati) "Abu, lawanya 'stokin' kau. Beli kat mana? Hahaha.."
Ahmad: (Turut ketawakan Abu) "Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah.."
Abu: (Dengan muka sedih) "Aku jatuh motor lah."
Bedol: "Tu la.. Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha.." (Masih lagi gelakkan Abu)
Abu: "Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bedol.."
Bedol: "Tidak!! TZM aku!! Kau kejam, Abu..." (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Ahmad ketawakan kedua-duanya.

Abu: "Lepas tu pulak kan.."
Ahmad: "Ha ah.." (sambil gelak...)
Abu: "Aku terlanggar pulak awek kau, Siti. Sekarang tengah ICU kat hospital."
Ahmad: "Tidak! Awek aku..!!" (Kali ini dia ni pula menangis..)

Moral: Jangan gelakkan orang.

Sent by: e-lawak posted on 16 June 2014