Kekasih dan Perumah Tangga

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: ""Bang, andaikata saya menjadi bintang..."

Pakwe: "Abang kan jadi Ultramannya.."

Makwe: "Kenapa pulak, sepatutnya abang jadi bulan purnamalah."

Pakwe: "Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya."

Makwe: "Gitu... kalau saya jadi bunga?"

Pakwe: "Abang jadi tukang kebunnya.."

Makwe: "Kenapa bukan kumbang?"

Pakwe: "Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu.. sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari.."

Makwe: "Wah! hebatnya abang nie... begitu pandai berkata-kata.."

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar. Tiba-tiba si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah.. bedebik!!

Makwe: "Aduh!! Sakiknya be!!" (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: "Cilako! punyo tunggul kayu.. buto ko!! tak nampak ko oghang nak lalu!!" (rupa-rupanya si pakwe tu orang Negeri Sembilan) "Sayang takde apa-apa ke?"

Makwe: "Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie.."

Pakwe: "Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abang kejekan."

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua.. Selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga. Dua tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: "Bang, ingat lagi tak tempat nie?"

Suami: "Masakan abang boleh lupa.."

Isteri: "Kalau saya jadi bintang.."

Suami: "Abang jadi beginilah.."

Isteri: "Kenapa bukan Ultraman.."

Suami: "Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie?"

Isteri: "Kalau saya jadi bunga?"

Suami: "Abang jadi beginilah."

Isteri: "Apa abang nie... cakaplah betul-betul?"

Suami: "Apo kono eh dongan ekau nie.. dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu.. kalau dah abang jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu.. yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo?"

Isteri: "Abe nie tok supo dulu... tok rometik lasung, mete-mete la saya nie doh tok comey lagi.."

Suami: "Takdo nak romantik kosmetik do.."

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut. Tiba-tiba si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yang sama), lalu jatuh gedebuk!! ke tanah..

Isteri: "Aduh abe sakik nyo!!"

Suami: "Apo kono eh awak nie.. buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!"

Sent by: e-lawak posted on 05 May 2014