Seludup Melalui Sempadan Siam

Mat Salleh melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Mat Salleh.

Pak Mat Kastam menahan Mat Salleh dan bertanya, "Apa dalam beg tu?"

"Pasir," jawab Mat Salleh.

"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Mat Salleh di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Mat Salleh memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Mat Salleh dibebaskan. Pasir kepunyaan Mat Salleh di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?"

"Pasir." kata Mat Salleh. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Mat Salleh tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Mat Salleh dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Mat Salleh tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Mat Salleh tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Mat Salleh di sebuah pekan.

"Mat Salleh" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal", jawab Mat Salleh ringkas.

Sent by: e-lawak posted on 10 March 2014