Perkara yang Paling Cepat Berlakunya

Bahar telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yang sama dari segala segi kelayakan mereka. Bahar kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka. Dia merancang untuk menanya satu soalan yang akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.

Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing-masing dalam bilik temuduga, Bahar terus bertanya, "Beritahu saya, apakah perkara yang paling cepat sekali berlakunya?" sambil menunding jarinya kepada lelaki yang pertama.

Lelaki pertama dengan penuh keyakinan menjawab, "Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yang paling pantas yang saya tau."

"Itu sudah bagus!" Jawab Bahar.

"Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yang kedua. "Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang terpantas sekali berlakunya". "Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Bahar.

Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan jawapannya. "Apabila suiz lampu di 'ON' kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun. Pergerakan cahaya itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu".

Bahar amat terpikat dgn jawapan yang diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang dia cari.

Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama. "Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yang paling pantas sekali berlakunya adalah 'berak cair'"

"APA?!" Terperanjat Bahar dgn jawapan yang diberikan.

"Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu, "Ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya."

Sent by: e-lawak posted on 09 March 2014