Penyakit Lupa Orang Lanjut Usia

Ada 3 orang wanita yang sudah lanjut usianya bercerita tentang penyakit lupa.

Wanita 1: "Ehhh korang nak tahu tak? Aku ni kan pelupa sangat tau. Ada kah pernah satu hari tu aku boleh terlupa kat mana tuala aku simpan padahal kat bahu aku jerk. Siap aku berleter ngan anak-anak sangkakan dorang dah sembunyikan tuala tersebut."

Wanita 2: "Ahh itu belum cukup teruk lagi, aku ni lagilah teruk hari tu aku berada kat tangga rumah, boleh-boleh aku terlupa nak naik ker turun, tak gila kau!!"

Wanita 3: "Ahahahhahah teruklah korang ni.." (ketawa berdekah-dekah sambil tangan mengetuk-ngetuk atas meja kerana terlalu gelihati dengar cerita dorang) Nasib baik aku tak seteruk korang. Hahahahhaha. Ehhhh, korang dengar tak sesuatu?"

Wanita 1 dan Wanita 2: "Tidak?" (menggeleng kepala)

Wanita 3: "Korang tak dengar ada orang ketuk-ketuk pintu.."

Wanita 1 dan Wanita 2: "????"

Rupanya wanita 3 itu terlupa yang dia masih mengetuk-ngetuk meja dan menyangka pintu rumah diketuk orang.

Sent by: e-lawak posted on 01 March 2014