Teka-teki Monyet dan Kura-kura

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura.

Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura.

Monyet: "Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu..."

Kura-kura: "Nanti aku fikir sekejap.."

Monyet: "Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau!" (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura: "Aku rasa jawapannya ialah.. GAMBAR LEMBU.. Betul tak nyet??"

Monyet: "Betul!"

Kura-kura: "Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab."

Monyet: "Ye lah tu.. Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni.."

Kura-kura: "Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??"

Monyet: "Ada berapa talian hayat?"

Kura-kura: "Aku bagi kau teka sampai 3 kali."

Monyet: "Durian.."

Kura-kura: "Salah.."

Monyet: "Rambutan."

Kura-kura: "Salah jugak."

Monyet: "Buah tangan."

Kura-kura: "Pun salah."

Monyet: "Kalau semua salah.. apa jawapannya?"

Kura-kura: "Buah epal."

Monyet: "Kenapa buah epal??"

Kura-kura: "Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!"

Kura-kura meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi sambil berkata, "Dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah-susah nak pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi buat kerja, layan web nie sehari semalam pon tak boleh abis.. dah nyet gi buat kerja yer nyet!!"

Sent by: e-lawak posted on 19 February 2014