Tidak Berhenti Berbual

Seorang pengarang sudah menulis enam buah novel, tiga yang terakhir termasuk dalam buku paling laris. Kerana itu dia sering muncul di TV dan radio, sering diundang ke berbagai pesta dan sering disanjung. Semua peristiwa ini akhirnya menyebabkan dia suka menceritakan tentang dirinya dan bukunya tanpa memberi peluang kepada orang lain untuk bercakap sama..

Pada suatu hari, dengan lembut isterinya menegur sikap baru suaminya. Lalu isterinya memberikan cadangan yang mana bila suaminya terlalu asyik bercakap dia akan membunyikan batuk supaya suamimnya akan berhenti dan memberi peluang kepada orang lain pula.

Suatu hari ada seorang tetamu datang kerumah pengarang dan mereka berbual. Pengarang itu terlalu asyik menceritakan tentang dirinya selama berjam-jam. Melihat suaminya bercakap terlalu banyak bercakap tentang dirinya sendiri, maka Isterinya batuk memberikan isyarat. Tiba-tiba pengarang itu berhenti bercakap mengenai dirinya dan berkata..

"Cukuplah saya bercerita tentang diri saya. Mari kita berbual tentang diri Anda sejenak. Apakah pendapat Anda mengenai kejayaan saya?"

Sent by: e-lawak posted on 12 February 2014