Berubat di Singapore

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di Singapore kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital Singapore, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari Indonesia yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata: "Indonesia.."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian.."

Setelah itu dua-duanya pengsan kerana keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Orang sebelah Mamat itu berkata dengan lemah: "Budi.."

Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. "Yogyakarta.." kata Si Budi.

Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar..". Pengsan lagi.

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Budi yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Sagitarius..!"

Sent by: e-lawak posted on 08 February 2014