Salah Berbual dengan Isteri

Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri: "Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?"
Suami: "Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan."

Isteri: "Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita."
Suami: "Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?"

Isteri: "Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?"
Suami: "Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak."

Isteri: "Abang kasi ke dia pakai almari kita?"
Suami: "Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi orang lain pulak."

Isteri: "Abang kasi ke dia pakai katil kita?"
Suami: "Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan."

Isteri: "Baju tidur saya, pijama dan towel saya?"
Suami: "Takkan, itu abang nak bagi kakak dan adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja."

Isteri: "Handbag saya, kasut saya, golf set saya?"
Suami: "Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal.."

Isteri: "????!!!!"
Suami: (dalam hati) "Alamak!!"

Sent by: e-lawak posted on 14 January 2014