Bodoh Mencari Masalah

Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN. Mereka selalu bersama apabila hendak kemana-mana. Pada suatu hari, MASALAH baru berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu pergi entah kemana tanpa pengetahuan dua orang rakannya. Setelah dua hari berlalu, BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu di luar sahaja. Jadi, BODOH seorang sahaja lah yang masuk membuat laporan. (Semasa di dalam balai polis...)

BODOH: "Selamat pagi, Tuan."

POLIS: "Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong?"

BODOH: "Saya datang hendak membuat aduan, Tuan."

POLIS: "Oh...begitu. Siapa nama awak?"

BODOH: "BODOH, Tuan."

POLIS: "Apa??"

BODOH: "BODOH, Tuan. "

POLIS: "Tolong ulang sekali lagi!!" (Dengan nada marah)

BODOH: "BODOH, Tuan."

POLIS: "Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya sopan-santun awak?"

BODOH: "Ada di luar, Tuan."

POLIS: "Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah??"

BODOH: "Ya, Tuan. Bagaimana Tuan tahu?"

POLIS: "Arrrghh!!" (Bengang sambil menarik-narik rambutnya)

Sent by: e-lawak posted on 13 January 2014