Pertama Kali Naik Kapal Terbang

Ini adalah kisah pertama kali aku naik airplane dari KL naik Air Asia jer.. Everybody can fly. Masa mula-mula sampai kat pintu kapal adalah sorang awek cun tegur. Ingatkan nak berkenalan rupa-rupanya sekali pramugari da.

Pramugari: "Boleh saya bantu. Adik kelas apa?"
Aku: "Kelas.. ar.."
Pramugari: "Kelas ekonomi ker, busines ker?"
Aku: "Oh.. Masa dulu-dulu saya kelas Sastera, nak apply kelas Sains tak lepas.."

Pramugari tu terus amik tiket aku dan tunjuk kat aku tempat duduk. Ingat nak mengurat tapi tiba-tiba jer dia buat muka masam. Betui org kata zaman la pompuan semua mata duitan. Mentang-mentang la aku dulu setakat kelas Sastera ja. Tapi takla semua. Mak aku walaupun aku kelas Sastera tapi dia tetap masak nasi kat aku tiap-tiap hari.

Kat sebelah tempat duduk aku, adala sorang pakcik yang dalam umur lingkungan 40-an. Aku tak berapa sure umur dia sebab aku tak la minta ic dia masa tu. Dalam 40-an agak-agak aku.

Pakcik (aku tak kenal): "Adik pertama kali naik kapal terbang?"
Aku: "Oh.. Ar ya.. Nape?"
Pakcik (yang tetiba buat ramah): "Heh.. Sekali tengok pakcik dah tau.."
Aku: "Heh.. Bukan tak nak naik tapi hari nie driver masuk hospital. Cirit birit.."
Pakcik (yang kena tipu ngan aku): "Oh.. Anak orang kaya nie.."

Aku sebenarnya malas nak layan. Itu yg aku merapu. Tak sangka dia percaya pulak. Lurus bendul rupanya. Aku pun buat-buat la nak tidur walaupun kapal tak take off lagi.

Aku: "Pakcik nanti kalau dah sampai tolong tekan loceng kat saya ya? Nanti terlepas pulak.."
Pakcik (yang lurus bendul): "Oh.. ok.. ok.. No problem.."

Ah sudah aku ingat nak buat lawak rupanya tak jadi. Dia percaya kapal nie ada loceng. Pakcik nie kata pernah naik kapal, rasa-rasanya aku kena tipu nie.

Pakcik (yang tipu aku): "Ish.. Naper panas nie.."
Aku: "Kapal tak on lagi kut.. Nanti dia buka la aircond.."

Pakcik tetiba bangkit dan tengok tepi tingkap kapal. Dengan tetiba gak dia menjerit panggil pramugari. Juga dengan tetiba pramugari yang sombong tadi datang.

Pramugari: "Kenapa encik? Ada masalah?"
Pakcik: "La.. Patutlah panas sangat dalam kapal nie.. Naper lah korang letak kipas kat luar.. Panas kat dalam nie.."

Masa tu gak aku bangkit dan terus minta nak tukar tempat duduk. Dalam hati aku berbisik, "Oh, rupanya ada lagi orang lebih jahiliah daripada aku.."

Dan itulah kali terakhir aku naik kapal terbang...

Sent by: e-lawak posted on 20 December 2013