Seorang Atok Mancing di Paya

"Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok..

Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba Badul menghampirinya dan bertanya,

Badul: "Pakcik ni memancing untuk apa?"

Atok: "Untuk makan."

Badul: "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."

Mulanya atok itu malu-malu kemudian setelah dipaksa akhirnya dia ikut aje.

Sambil makan si Badul bertanya,

Badul: "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"

Atok: "Oh ada."

Badul: "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"

Atok: "Kamu yang kelima."

Sent by: e-lawak posted on 11 December 2013