Kisah Peguam Kedekut
Al kisah di Slim River, Perak ni adalah seorang peguam yang sangat masyhur, kaya dan terkenal akan kedekutnya.
Dipendekkan cerita, sakitlah peguam nie.. Sakitnya tiada ubat. Bermacam macam telah diikhtiarkannya. Hospital berpuluh puluh, dukun beratus ratus.. sakitnya tidak kurang, malah bertambah serius.
Dengan nada berputus asa diapun bernazar dan berdoa, "Sekiranya aku sihat seperti sediakala, akan ku jual banglow ku ini dan duitnya akan ku sedekahkan semuanya pada anak yatim."
Dipendekkan cerita nie.. tanpa diduga sembuhlah dia dari penyakit yang dihidapinya.. dan teringatlah dia akan nazar dan janjinya sewaktu dia sakit dulu.
"Tapi, kalau aku jual banglow ini.. Aku nak tinggal dimana?"
"Kalau ku sedekahkan kesemua duit penjualan rumah nie.. susah?"
Berhari hari dia memikirkannya, apa yang patut dia buat.
Dipendekkan lagi cerita nie.. Pada suatu hari datanglah orang ramai berduyun duyun kerumahnya setelah membaca iklan penjualan banglownya dengan harga yang begitu murah: RM50,000.
Seorang demi seorang berjumpa dengannya, semuanya balik ngan seribu pertanyaan.
Dipendek-pendekkan lagi cerita nie, semua orang yang datang semuanya tidak jadi membeli banglownya kerana pembelian banglownya dengan harga RM50,000 ada syaratnya. Pembeli yang berminat itu juga hendaklah dalam masa yang sama membeli almari antiknya dengan harga RM1.5 juta..