Meniru Setiap Kali Ujian

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

Ayah: "Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!"

Cikgu: "Betul, Encik. Kami bukan tuduh begitu sahaja."

Ayah: "Ape buktinya?"

Cikgu: "Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri."

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.

Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah: "Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?"

Cikgu: "Sabar encik. Cuba encik lihat soalan kedua."

Ayah Niam melihat soalan kedua: "Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?"

Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: "31 Ogos 1957."

Ayah Niam sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk terus membaca.

Soalan ketiga: "Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?"

Azim menulis: "Maaf, saya tak tahu."

Naim menulis: "Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!"

Sent by: e-lawak posted on 16 November 2013