Murid Pandai Membilang

Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, "Siapa yang pandai membilang?"

Mamat mengangkat tangan.

"Betul ke kamu pandai membilang?"
"Tahu Cikgu. Ayah yang ajar."
"Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?"
"Empat."
"Bagus. Selepas enam?"
"Tujuh."
"Selepas sembilan?"
"Sepuluh...", jawab Seman.

"Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar membilang. Selepas sepuluh berapa?" tanya Cikgu lagi.

Dengan senyum penuh keyakinan, Seman menjawab, "Jack, Queen, dan King."

Sent by: e-lawak posted on 06 November 2013