Adik Beradik Tak Boleh Kahwin

Siti menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Mamat, jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Siti: "Ayah, Mamat melamar saya. Kami mahu berkahwin."
Ayah: "Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Mamat."
Siti: "Tapi mengapa?"
Ayah: (Separuh berbisik) "Kerana Mamat sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!"

Terkejut dengan jawapan itu, Siti pergi pula kepada ibunya.

Siti: "Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Mamat."
Ibu: "Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Mamat."
Suzi: "Tapi kata ayah, Mamat itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin."
Ibu: (Separuh berbisik) "Hmmm... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya."
Siti: "Ha!!??"

Sent by: e-lawak posted on 03 November 2013