Mengetuk Batu Nisan di Perkuburan

Mamat dan Ali baru pulang dari bandar. Untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Mamat dan Ali bersuara, "Ahhh... terkejut kami, ingatkan Pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje.."

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni?"

Tibat-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah,

"Bodoh!! Dia orang salah eja nama aku!"

Sent by: e-lawak posted on 28 October 2013