Surat dan Hadiah Harijadi Untuk Kekasih

Pada suatu hari, Mamat nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So Si Mamat ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat SOGO. Oleh kerana mereka baru dua bulan berkawan, jadi Si Mamat membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat. Adik sepupu Mamat pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru sebab ada sale hari itu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik sepupu Mamat!

Selepas membayar Mamat pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.

Surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie:

Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu,

Mamat pilih hadiah nie kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab adik sepupu Mamat, Mamat dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembab sangat. Tapi Mamat tengok adik sepupu Mamat pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak. Mamat pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok aje! Mamat suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je. Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab Mamat rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan Mamat. Mamat harap Ayu akan pakai untuk Mamat hujung minggu nie.

Salam sayang untuk kekasihku, Mek Ayu...

P/S: Kalau ayu nak pakai, Mamat nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.

Yang menyayangimu,

Mamat

Sent by: e-lawak posted on 26 October 2013