Suami Nak Tipu Bini

Pada suatu hari yang tenang, seorang suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar. Tiba-tiba dtg si isteri membawa tudung periuk...

"PANG!!" diketuknya atas kepala si suami. Si suami yang terpinga-pinga bertanya,

"Aper hal ngan awak nih. Kenapa awak ketuk kepala saya?"

Si isteri pun menjawab,

"Nah! Awak tengok nih," sambil menunjukkan secebis kertas yang tertulis nama 'Mary'. Si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yang bernama Mary. Dengan tenang si suami menjawab,

"Ooo... itu nama kuda yang saya bertaruh semalam... namanya Mary..."

Si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya, terus menyambung kerja di dapur.

Selang seminggu berlaku indiden ketuk mengetuk. Ketika itu si suami sedang rehat-rehat membaca suratkhabar seperti selalu.

"PANG!!!" kali ini dengan lebih kuat lagi!

Si suami pun bertanya, "Aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???" dengan selamba si isteri menjawab, "Kuda awak telefon!!"

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat...

Sent by: e-lawak posted on 06 September 2013