Takut Ujian Darah

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias: "Kenapa menangis?"

Amin: "Saya datang untuk ujian darah."

Lias: "Awak takut ke?"

Amin: "Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya."

(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis)

Amin: "Eh, kenapa pula awak menangis?"

Lias: "Saya datang untuk ujian air kencing..."

Sent by: e-lawak posted on 05 September 2013