Memiliki Suami yang Adil

Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing.

Jenab berkata, "Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu."

Lalu dengan selamba Ramli menjawab,

"Salah tu ..., buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri."

Sent by: e-lawak posted on 19 August 2013