Hadiah Harijadi ke Tujuh Belas

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak: "Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta di rumah?"
Mama: "Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan."
Anak: "Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?"
Mama: "Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya."
Anak: "Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?"
Mama: "Boleh...boleh, nanti mama belikan."

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak: "Ma..boleh saya pakai lipstick tak?"
Mama: "Tak boleh!"
Anak: "Alah... mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh..."
Mama: "Tidak boleh! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick!"
Anak: "Alaaaa... boleh la mama..., please..."
Mama: "Azwan!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!"

Sent by: e-lawak posted on 15 August 2013