Teknologi Jepun, Amerika, dan Malaysia

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang â€~mengetehâ€(TM).

Menteri Jepun: "Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot."

Menteri AS: "Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear."

Menteri Malaysia: "Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami."

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : "Apa korang jumpa?"
Tukang gali: "Tidak ada apa-apa..."
Menteri Malaysia: "Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana?"
Tukang gali: "Takde Datoâ€(TM).."

Menteri Malaysia: (sambil â€~menjeling kerekâ€(TM) ke menteri Jepun dan Amerika) "Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!"

Sent by: e-lawak posted on 10 August 2013