Jika Ayah dan Ibuku Seekor Lembu

Seorang budak sedang menaiki bas di kota. Dia duduk tepat di belakang pemandu bas. Lalu tiba-tiba anak itu berkumat-kamit sendiri seperti orang gila,

"Jika ayahku seekor lembu jantan dan ibuku seekor lembu betina, pasti aku akan menjadi anak lembu."

Kata-kata itu pun ia ucapkan berkali-kali... Mendengar ucapan itu, pemandu bas mulai merasa terganggu. Kemudian si pemandu bas mencuba menasihati anak itu supaya diam. Tetapi anak tersebut makin menjadi kecoh dengan mengucapkan kata-kata lainnya.

"Jika ayahku seekor gajah jantan, dan ibuku seekor gajah betina, aku pasti akan jadi anak gajah."

Dan seperti sebelumnya kata-kata itupun ia ucapkan berulang kali. Si pemandu bas pun mencuba lagi menasihati anak itu agar dapat duduk dengan tenang dan diam. Tetapi yang terjadi sebaliknya, anak itu malah makin membuat kekecohan dengan kata-kata yang ia ucapkan seperti tadi.

Merasa tidak dapat menahan emosinya lagi, si pemandu bas itu lalu berkata dengan nada keras kepada anak tersebut, "Bagaimana kalau ayahmu seorang gay, dan ibumu seorang pelacur?"

Dengan tersenyum manis anak itupun berkata, "Aku akan menjadi pemandu bas!!!

Sent by: e-lawak posted on 24 August 2013