Wanita Cantik di Dalam Bas Penuh Sesak

Pada suatu pagi hari bekerja, dalam sebuah bas penuh sesak dengan penumpang. Semasa singgah di perhentian tiba-tiba naiklah Tipah seorang wanita muda yang cantik, seksi dan menggunakan pakaian yang boleh membuat nafsu lelaki naik turun.

Rizal salah seorang pemuda yang duduk ditengah bas tiba-tiba melambaikan tangannya kepada Tipah. Tipah dengan segera menghampiri tempat duduk Rizal dengan bersusah payah kerana penumpang bas tersebut memang padat.

Dengan tersenyum manis Tipah berharap tentunya Rizal akan memberikannya tempat duduk. Setelah sampai disebelah Rizal dengan selamba Rizal berkata "Cik, berdiri saja disebelah saya ye!"

Sent by: e-lawak posted on 20 August 2013