Undur Kereta Kena Pokok

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : "Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu."
Farid: "Baiklah, ibu!"
Cik Tina: "Kena tak? Kena tak?"
Farid: "Belum, belum. Undurlah lagi ibu."
Cik Tina: "Kena tak? Kena tak?"
Farid: "Undur lagi, lagi, lagi."

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat, "Bang !!"

Farid: "Okay ibu, dah kena pun pokok!"
Cik Tina: "Alamak! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku!"
Farid: "Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu!"

Sent by: e-lawak posted on 20 August 2013